Wednesday, 2 May 2012

I am back! :) (FWO 2012 & UPU/MARA)

Assalamualaikum WBT and salam sejahtera semua!


Dah lama dah aku tak update blog kan. Dulu kemain lagi nak update blog tapi apakan daya, unsur malas dah mengawal diri. Malam ni, aku berusaha nak update blog aku untuk korang semua. Eyh, kalau korang perasan, aku dah tuka lagu kat blog aku. Harap harap korang semua enjoy keyh dengar lagu tu sambil baca post aku ni. Anyway, aku just excited + gabra sebab tak lama lagi, result untuk UPU and interview MARA akan diumumkan. Sebelum tu, aku nak mengucapkan TAHNIAH atas kejayaan SainsKu Wind Orchestra yang telah melayakkan diri mereka ke peringkat Finale. Tak lama lagi kot Finale tu. 1st July dekat PICC kalau tak silap. Bangga siot! Sini ade beberapa gamba diorang aku cilok from Facebook Madam Rosmuna :D sorry and thanks, chegu!


        Ni gamba diorang masa kat Kuching International Airport. 








  Ni pulak masa diorang baru touch down KLIA. amek luggage :)
              




    This time, diorang tengah tunggu bas nak kutip diorang to SAS.






Competition Day. Semua wat muka gelabah! :D


Tetap molek walaupun gabra tiada haluan :)
Diorang ni laa yang menjadi kebanggaan aku. Aku tak kisah pon kalau diorang tak menang. Asalkan diorang dah buat yang terbaik, tu dah memadai untuk aku. Sini pulak ade link untuk video diorang masa competition tu. Check it out!  http://www.youtube.com/watch?v=ireZfQVuToY  for Gemala Sari &  http://www.youtube.com/watch?v=bHZl0yx4ofw&feature=relmfu for Invicta :D Enjoy okay? Kalau nak bagi comments pon boleh. Tak sabar lak nak tengok diorang perform for the finale!

Sekarang ni, aku nak cerita lak pasal UPU & MARA. Kalau untuk UPU, aku apply dekat UM (Asasi Sains Hayat), UIAM (Asasi Sains Hayat & Asasi Farmasi), UNIMAS (Asasi Sains Hayat & Sains Fizikal) & UiTM (Asasi Sains). First choice aku UM laa. InsyaAllah kalau ade rezeki, aku dapatlah :) . Korang tolong doakan untuk aku ya? Kalau korang nak tahu, aku tak minat dengan Sains Fizikal. Tapi korang mesti tertanya-tanya asal aku apply Asasi Sains Fizikal dekat UNIMAS. Ade senior aku dekat UNIMAS cakap, kalau kita nak masok Asasi Sains Hayat tapi kita dapat offer masok Asasi Sains Fizikal, kita dapat mintak tukar. So, tu lah sebabnya aku apply dua-dua dekat UNIMAS. Aku ade apply MARA jugak tahu. Mak aku nak sangat aku apply JPA tapi apakan daya, JPA hanya offer Engineering at the moment. Memang JPA ade offer untuk course lain tapi tu semua closed offer. Pihak JPA hanya bagi closed offer tu untuk budak-budak Bursary (9A+ ke atas). So, aku pun apply je laa MARA. Untuk MARA, dia suruh kita bagi dua pilihan. Untuk pilihan pertama, aku pilih nak ke Ireland untuk Medic. Aku xtahu kenape aku apply tu sedangkan course yang aku idam-idamkan adalah Pharmacy! Lepas tu, untuk pilihan kedua, aku amek French Language Studies dekat France. Lepas tu aku memang terdiam sejenak. Terfikir pulak aku, "Asal lak aku tak letak untuk Pharmacy ea? Kalau Pharmacy, dia offer dekat UK. Hurmm" Aku redha je lah dengan dua choice aku tu. Nak buat macam mane kan. Dah tak dapat ubah.

Tu lah sebab aku cuak sekarang, kalau aku dapat Asasi Sains Hayat, dapat lagi aku sambung Pharmacy untuk Degree. Tapi kalau aku dapat Medic dekat Ireland or French Language dekat France, melepaslah aku nak jadi seorang Pharmacist. Mase kat Twitter, kawan aku, si Dayang Puteri Nadhirah tweet, dia harap aku dapat jadi seorang ahli farmasi. Dia suruh aku cipta liquid medicine yang effective. Puteri tak gemar nak telan pil. Dia lebih prefer liquid medicine. Korang nak tahu tak ape impian aku, Puteri dengan Farisa? Kteorang plan nak keje dekat Medical Institution yang sama. Farisa jadi Biotech Engineer, Aku jadi Pharmacist and Puteri jadi Specialist Doctor. LOL I wish semua tu dapat jadi kenyataan. Kalau tak pon, aku redha je la. Allah tahu ape yang bagus untuk kita.

Sampai sini je lah post aku untuk masa ni. Nanti kalau aku rajin, aku update laa blog aku lagi. Eyh, korang boleh follow twitter aku @aizuddinshah tahu. Kalau tak kenal, maka tak cinta. he3~ *malu* Okay. Jaga diri korang leklok. Jaga kesihatan tu tahu? KBAI! Assalamualaikum WBT :)


4 comments: